Rahzin seorang #WiraJantung yang telah melalui pembedahan jantung sebanyak tiga kali pada usia yang sangat muda.
Pada umur 5 tahun, Rahzin mula mengalami episod demam panas. Setelah pemeriksaan doktor mendedahkan debaran jantung Rahzin yang tidak normal, Rahzin disarankan untuk berjumpa dengan pakar jantung kanak-kanak di Jesselton, Sabah. Akhirnya, Rahzin disahkan mempunyai AtrioVentricular Septal Defect (AVSD) – lubang pada dinding antara ruang jantung bawah dan atas, serta masalah injap jantung. Doktor mencadangkan yang Rahzin dirawat secara pembedahan.
“Perasaan saya pada masa itu sangat sedih sekali,” kongsi Puan Rahmawati, ibu Rahzin.
Tahun lepas merupakan tahun yang bersejarah bagi Rahzin, di mana dia telah melalui tiga pembedahan dalam satu jangka masa yang singkat. Rahzin telah melalui pembedahan penutupan lubang di jantung, penukaran injap dan pemasangan bateri (perentak jantung), semuanya dalam jangka masa sebulan. Selepas ketiga-tiga pembedahan selesai, keadaan Rahzin pulih secara perlahan-lahan.
“Cabaran saya pada waktu itu adalah memikirkan kos rawatan anak. Alhamdulillah, saya dibantu oleh bahagian kebajikan hospital-hospital yang membantu menampung sebahagian kos rawatan anak saya,”
Rahzin kini seorang kanak-kanak 11 tahun yang lebih ceria dan aktif.
“Pengalaman ini mengajar saya menjadi ibu yang cekal untuk menghadapi apa-apa dugaan hidup. Kepada ibu bapa yang lain semoga anda menjadi ibu bapa yang kuat. Yakin kepada Allah dan tidak berputus asa,”
Terima kasih Puan Norhana sudi berkongsi kisah tentang #WiraJantung Rahzin!