Wira Jantung – Syafeeqah

Setelah didiagnoskan dengan ASD (lubang antara ruang atas jantung) pada usia enam bulan, penantian untuk tarikh pembedahan Syafeeqah akhirnya berakhir selepas 5 tahun.

Pembedahan Syafeeqah dapat berjalan lancar hasil daripada usaha kuat dan kepakaran kumpulan pakar jantung dan kerjasama antara YJKM dan PHKL, serta dijayakan dengan sumbangan orang ramai kepada tabung Congenital Heart Surgery for All.

Sebelum mendapat rawatan, Syafeeqah senang jatuh sakit walaupun tidak keluar rumah. Pada mulanya, berita diagnosis masalah jantung Syafeeqah menimbulkan rasa sedih dan hilang kata-kata bagi Puan Fharhana.

“Pertanyaan seperti apakah peluang anak saya untuk pulih dan bila anak saya dapat menjalani pembedahan, sentiasa bermain di fikiran. Bila dapat tahu kos pembedahan, saya sekeluarga buntu nak cari duit. Pelbagai kerja kami lakukan untuk kumpul duit, tapi atas masalah ekonomi, kami gagal untuk menyimpan,” kongsi Puan Fharhana tentang cabaran mereka sekeluarga.

Setelah mendapat rawatan, Syafeeqah kini seorang kanak-kanak yang semakin ceria dan aktif.

“Pengalaman ini mengubah diri saya dan keluarga untuk semakin tabah dan kuat dari segi mental untuk hadapi segala kemungkinan. Kami redha dan sentiasa berfikiran positif untuk Syafeeqah dan yang paling penting ia membuatkan seluruh ahli keluarga kami bersatu dan sama-sama saling beri sokongan kepada saya sebagai ibu. Alhamdulillah kami kuat dan sentiasa bersama semuanya,”

Kita sebagai ibubapa kena kuat ,tabah dan sentiasa berfikiran positif untuk anak kita. Terima segala kemungkinan yang berlaku dan mesti yakin anak kita akan sembuh. Insya Allah,”

Terima kasih Puan Fharhana kongsi kisah #WiraJantung Syafeeqah!

Leave a Reply

%d