Wira Jantung – Naura Auni

Keceriaan, kepetahan dan kecergasan #WiraJantung Naura Auni, 8, membuat ibunya, Puan Nurmah, kadang-kadang lupa anaknya dilahirkan dengan masalah jantung.

Diagnosis Naura hanya diketahui 7 bulan selepas kelahiran, selepas episod demam dan batuk yang berpanjangan. Doktor memberitahu yang terdapat desiran jantung pada Naura. Sejak itu, Naura didiagnoskan dengan jantung berlubang – atrial septal defect (lubang antara dua ruang atas jantung).  Namun begitu, Naura bebas dari simptom, hinggalah umur 4 tahun di mana dia mula mengalami simptom cepat penat, batuk malam dan mudah jatuh sakit.

Pada mulanya, berita diagnosis Naura membimbangkan Puan Nurmah. Namun, keceriaan Naura membuat beliau kadang-kadang lupa tentang keadaan anaknya. “Tiada siapa boleh sangka yang dia ada masalah jantung. Naura sangat bijak mengawal diri bila penat ketika rasa lemah,” kata Puan Nurmah.

Sehingga kini, pakar jantung Naura belum lagi mempunyai apa apa rancangan pembedahan untuk Naura. Puan Nurmah dan Naura masih sabar menanti tarikh pembedehan.

“Sangat penting untuk membuat detailed scan (imbasan terperinci) dengan pakar untuk mengesan sebarang defek pada bayi terutama jantung. Supaya ibu bapa boleh lebih bersedia fizikal dan mental serta mendalami tentang masalah kesihatan bayi,”

“Kita kena bersemangat menjaga dan merawat amanah dari Allah. Tepati temujanji dengan doktor pakar. Perbanyakkan soalan kepada doktor tentang sebarang kesukaran halangan dan kemusykilan. Teruskan sama-sama berjuang bersama wira jantung anda,” pesan Puan Nurmah.

 

Leave a Reply

%d