Wira Jantung – Adhwa Marissa

“Menangislah semahunya pada pertama kali untuk dapatkan kekuatan hari-hari esok, supaya anda tidak menangis lagi. Percaya yang anak anda sebenarnya sangat kuat, dan akan pulih.” 

Walaupun belum cukup bulan, Puan Helida terpaksa melalui pembedahan segera untuk melahirkan Adhwa Marissa oleh sebab jangkitan COVID. 

Enam bulan kemudian, Adhwa didiagnoskan dengan patent ductus arteriosus (PDA terjadi apabila saluran darah duktus arteriosus yang terbuka, sepatutnya tertutup). “Saya sudah menangis semahunya pertama kali doktor maklumkan ada bunyi desiran jantung pada Adhwa. Doktor beritahu untuk bersedia dengan kemungkinan Adhwa ada masalah jantung,” cerita Puan Helida.

Keadaan Adhwa menjadikan dia susah untuk menaikkan berat badan dan kurang aktif, serta tercungap-cungap semasa menyusu. Keadaan Adhwa yang senang terkena jangkitan kuman merupakan cabaran yang terbesar. Pembedahan Adhwa terpaksa ditangguh berkali-kali akibat komplikasi jangkitan virus, sehingga perlu ditahan di NICU.

Selepas ditangguh tiga kali, Adhwa akhirnya dapat melalui pembedahan. Syukur, pembedahan itu berjalan lancar dan kini keadaan Adhwa bertambah baik. Puan Helida menceritakan Adhwa berat badan Adhwa kini semakin meningkat dan dia semakin aktif. 

“Saya lebih terbuka tentang penyakit jantung dan menyertai kumpulan sokongan CHD. Saya juga banyak menjadi rujukan untuk ibu bapa lain,  terutama mereka yang menunggu masa untuk anak mendapat pembedahan atau rawatan,” cerita Puan Helida, tentang hasil daripada pengalaman ini. 

Terima kasih Puan Helida atas perkongsian tentang #WiraJantung Adhwa Marissa.

Leave a Reply

%d