Wira Jantung – Siti Sarah

“I’ve been sick and dying my entire life, but my life is still going to be beautiful,”

#WiraJantung Siti Sarah, 32, tidak pernah menjadikan masalah jantung sebagai halangan untuk mencapai impian dan cita-cita.

Sarah dilahirkan dengan Tetralogy of Fallot, sejenis CHD yang merangkumi empat jenis defek jantung. ToF merangkumi VSD, pulmonary stenosis (injap pulmonari yang sempit), aorta yang tersalah letak dan dinding ruang jantung kanan yang lebih tebal dari biasa.

Beliau telah melalui pembedahan semasa kecil dan sekali lagi pada usia 29 tahun.

“Masa saya muda, orang selalu ingat orang macam saya tak ada apa-apa untuk tawar pada dunia, macam saya tak boleh gembira macam orang lain sebab hidup saya macam ni. Mereka selalu fikir kebahagiaan dan kejayaan itu bergantung sangat pada kesihatan seseorang,”

“Orang yang sakit selalu dipinggirkan dari segi pembelajaran dan pergaulan sosial,” Oleh sebab itu, Sarah terpaksa merahsiakan masalah jantung dari zaman persekolahan lagi, supaya dapat mengikuti aktiviti sekolah, membuat kawan, menyambungkan pelajaran dan mendapatkan kerja. Berdasarkan pengalaman dirinya sendiri, sekiranya syarikat memerlukan pemeriksaan kesihatan, kebarangkalian besar permohonan kerjanya akan ditolak. Tawaran kerja Sarah pernah ditarik apabila mengisi tentang masalah jantungnya pada borang pekerjaan.

Sarah masih menjalani kehidupan seperti orang biasa. Seorang bekas atlet lumba lari bagi acara sekolah serta pemegang tali biru dalam Taekwondo, Sarah seorang yang tidak menjadikan tahap kesihatan sebagai penghalang. Bukan sahaja itu, Sarah juga tidak terlepas dari menghadiri PLKN selepas merayu surat kebenaran daripada doktor. Gaya hidup aktif Sarah tidak terhenti semasa zaman sekolah. “Saya pernah mendaki tiga gunung: Gunung Nuang, Stong dan Tebu,”

Sarah juga berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Sarah mempunyai diploma dalam kursus IT (Programming) dan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Software Engineering) with Honours. Sarah kini bekerja sebagai seorang jurutera sistem ujian.

“I am 100% happy and content with my life,” ujar Sarah. ”Innovation happens because of suffering. I’ve been sick and dying my entire life but my life is still going to be beautiful. We have a complex life but we still have something to give to the world,”

Leave a Reply

%d