Wira Jantung – Falisha Ameena

Usia muda #WiraJantung Nur Falisha Ameena, penuh dengan perjuangan.
Ameena dilahirkan 35 minggu pramatang. Selepas dilahirkan secara pembedahan, doktor di hospital memaklumkan yang Ameena mempunyai ciri-ciri Sindrom Down.
Tujuh hari kemudian, Ameena juga didiagnoskan dengan PDA (patent ductus arteriosus – saluran darah duktus arteriosus yang terbuka) dengan kegagalan jantung serta ASD (lubang antara ruang atas jantung).
Cabaran Ameena tidak terhenti di situ. Ameena juga perlu bergantung pada bantuan oksigen oleh sebab dilahirkan dengan bronchopulmonary dysplasia, masalah paru-paru kronik yang sering mengesankan bayi pramatang. Selain itu, Ameena juga dilahirkan dengan congenital hypothyroidism, dan perlu bergantung pada ubat-ubatan sehingga sekarang.
Pada usia 5 bulan, Ameena terpaksa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah (Serdang) untuk menjalani pembedahan jantung yang segera dan masih perlu bergantung pada oksigen kini.
Hari ini, Ameena sudah pun berumur 4 tahun. Ameena seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan seorang kakak yang suka bermain dengan adiknya. Walaupun kadang-kadang cepat penat bila bermain atau belajar, dia tahu untuk berehat dahulu sebelum menyambung aktiviti.
Sama seperti kanak-kanak lain di seluruh Malaysia, Upin-Ipin, Didi & Friends dan Cocomelon menjadi rancangan pilihan Ameena ❤️
Semoga segala urusan Wira Jantung Ameena sentiasa dipermudahkan dan semoga dapat membesar dengan sihat.
Terima kasih kongsi kisah #WiraJantung!

Leave a Reply

%d