Wira Jantung – Zareef

Sejurus selepas lahir, paras oksigen #WiraJantung Zareef tidak berapa memuaskan dan Zareef segera dipindahkan ke NICU. Lima hari kemudian, pakar jantung kanak-kanak mengesahkan yang Zareef dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital – Interrupted Aortic Arch (IAA – di mana saluran darah terbesar di badan, aorta, tidak terbentuk sepenuhnya) dan VSD (lubang antara dua ruang jantung bawah).
“Saya memang sedih sangat masa tu. Bukan saya tak dapat terima. Tapi Zareef yang baru lahir tu doktor bagitahu akan melalui pembedahan, dan bukan pembedahan yang biasa. Saya boleh terima, cuma saya tak dapat kawal perasaan,” kongsi Puan Rohana, ibu kepada Zareef.
Kini, lima bulan kemudian, Zareef masih di NICU dan masih belum melalui pembedahan. Disebabkan jangkitan kuman yang berpanjangan, berpunca daripada sistem imun yang lemah, tarikh pembedahan Zareef telah lima kali ditunda. Puan Rohana menceritakan dia berulang-alik setiap hari dari hospital ke rumah atas tanggungjawab sebagai ibu yang juga perlu menjaga anak di rumah.
“Kalau nak sebut pasal pengajaran, ada banyak. Pengalaman ini banyak ajar saya jadi kuat, berdikari dan mengajar saya lebih dekat pada Allah. Alhamdulillah, sekarang saya makin kuat demi anak,”
“Zareef sampai sekarang masih kuat dan bertahan,” kongsi Puan Rohana.
Kami doakan semoga segala urusan #WiraJantung Zareef dan keluarga dipermudahkan.

Leave a Reply

%d