Berasal dari negeri di bawah bayu, Zaydan dilahirkan dengan ventricular septal defect (VSD), sejenis defek jantung kongenital di mana terdapat lubang antara ruang jantung bawah. Didiagnoskan sejak lahir, Zaydan akhirnya dapat melalui pembedahan pada umur lapan tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) beberapa bulan lepas. Pembedahan Zaydan dapat berjalan lancar hasil daripada usaha kuat…
“Sakit bukan penghalang untuk kita melakukan pelbagai aktiviti kesukaan kita. Hidup mesti ceria, bahagia,” kongsi Wira Jantung Syakirah, 34 tahun. Diagnosis penyakit jantung kongenital #WiraJantung Syakirah Mohd Yusof, 34, dikenal pasti pada umur 4 bulan. Syakirah dilahirkan dengan VSD (lubang antara ruang jantung bawah) serta mengalami RVOT PVC, yang menyebabkan denyutan jantung yang laju. Disebabkan…
Sejurus selepas lahir, paras oksigen #WiraJantung Zareef tidak berapa memuaskan dan Zareef segera dipindahkan ke NICU. Lima hari kemudian, pakar jantung kanak-kanak mengesahkan yang Zareef dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital – Interrupted Aortic Arch (IAA – di mana saluran darah terbesar di badan, aorta, tidak terbentuk sepenuhnya) dan VSD (lubang antara dua ruang jantung bawah).…
Pada mulanya, Siti El Zahra nampak seperti mana-mana bayi biasa. Namun, pada hari ke-9 kelahirannya, muka dia mula nampak kebiruan. Puan Raudah, ibunya, bergegas membawa Zahra ke hospital. Di sana, doktor mengesahkan yang Zahra menghidapi Transposition of the Great Arteries (TGA), di mana aorta dan arteri pulmonari berkedudukan silang ganti serta ventricular septal defect (VSD),…
Dilahirkan dengan enam jenis defek jantung sekaligus, Adra Aisyah seorang #WiraJantung yang telah melalui pelbagai peristiwa dan cabaran pada usia yang muda. Adra dilahirkan dengan transposition of the great arteries, pulmonary atresia, double-outlet right ventricle, ventricular septal defect, patent ductus arteriosus dan patent foramen ovale. Kesemua penyakit jantung kongenital yang dihadapi Adra menjejaskan struktur jantung…
Pada usia 14 hari, Nur Nawrah disahkan mempunyai defek jantung kongenital. Nawrah dilahirkan dengan PDA (patent ductus arteriosus – saluran darah duktus arteriosus yang terbuka dan dua VSD (ventricular septal defect – lubang antara ruang bawah jantung). Selepas kelahiran, Nawrah terpaksa dimasukkan di NICU dan berkampung selama sebulan di hospital. Nawrah juga seringkali perlu masuk…
Semangat #WiraJantung Khayla Ammara mengajar ibunya, Puan Ainur Azreen, tentang erti sebenar redha dan tawakal. Ammara didiagnoskan dengan penyakit jantung kongenital VSD dan ASD (lubang antara ruang bawah dan atas jantung), patent ductus arteriosus (PDA – saluran darah duktus arteriosus yang terbuka) serta injap yang sempit setelah doktor mengesan desiran jantung atau ‘heart murmur’ pada hari kedua…
Meskipun Puan Nadia mengambil langkah berhati-hati dengan membuat imbasan terperinci (detailed scan) semasa mengandung, diagnosis defek jantung kongenital #WiraJantung Nahda, hanya diketahui selepas kelahirannya. Imbasan terperinci selalunya dilakukan pada minggu ke-20 kehamilan bagi mengesan keabnormalan pada janin dengan lebih jelas. Walaupun imbasan ini dapat mengesan kebanyakan keabnormalan, keberkesanannya bergantung pada banyak faktor. Peluang untuk terlepas…
Sejak lahir lagi, hidup Armel Aufa penuh peristiwa. Armel dilahirkan pada usia 34 minggu pramatang, oleh sebab ibunya juga mempunyai penyakit jantung kongenital, mitral valve stenosis (penyempitan pada injap mitral). Semasa dalam kandungan lagi, Armel disahkan mempunyai beberapa defek jantung – Interrupted Aortic Arch (IAA – di mana saluran darah terbesar di badan, aorta, tidak…