Berasal dari negeri di bawah bayu, Zaydan dilahirkan dengan ventricular septal defect (VSD), sejenis defek jantung kongenital di mana terdapat lubang antara ruang jantung bawah. Didiagnoskan sejak lahir, Zaydan akhirnya dapat melalui pembedahan pada umur lapan tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) beberapa bulan lepas.
Pembedahan Zaydan dapat berjalan lancar hasil daripada usaha kuat dan kepakaran kumpulan pakar jantung dan kerjasama antara Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM) dan PHKL, serta dijayakan dengan sumbangan orang ramai kepada tabung Congenital Heart Surgery for All YJKM.
Zaydan yang dahulu selalu cepat penat dan kurang aktif disebabkan keadaan jantungnya, kini jauh lebih ceria, sihat dan aktif.
“Sebagai seorang ibu yang tiada pengalaman anak ada VSD, sangat susah hati dan sentiasa risau apa akan jadi dengan Zaydan pada masa akan datang,” kongsi Puan Noridzma, ibu Zaydan.
“Sebagai ibu bapa, jangan pernah menyerah dengan keadaan anak yg didiagnoskan CHD..Kerana ada sinar harapan menanti kita dan percaya akan ada sinar harapan untuk anak kita. Anggap semuanya sebagai ujian Tuhan,”Terima kasih Puan Noridzma kongsi kisah #WiraJantung Zaydan!